Showing posts with label rEnunGan. Show all posts
Showing posts with label rEnunGan. Show all posts

Sunday, March 15, 2009

rEnuNgKan SeBenTaR.... PesAn Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI= " Apa yang paling berat didunia? "

Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..

Wednesday, November 26, 2008

rEnuNgKan SeBenTaR.... aPabiLa aNda...

Apabila semuanya serba x kena, dan anda tidak tahu apa lagi yg henak dibuat, ingatlah... anda masih boleh bersandar kepada DIA Yang Maha Mengasihi...
  • Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dr DIA Yang Maha Memberi Cahaya
  • Apabila dibelenggu mslh, sdngkn tiada siapa pn yg nk ambk tau, ingtlah pd DIA yg tdk pernh melupakn hatimu, DIA Yang Maha Adil
  • Apabila hati tluka & ksktn menumbangkn kudratmu, jgn berputus asa kerana DIA melht segala-galanya
  • Apabila lemah tk bdaya, sdngkn prjlnan msh jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dr Yang Maha Perkasa
  • Apabila hidup ini drskn sprt beban, segala-galanya goyah, bangnkn semula kota smngt itu dngn keyakinan itu iradat-Nya
  • Apabila jln di dpn dgelapi mendung sdngkn tiada siapa yg sudi menemanimu,carilah jaln lurus dr DIA, yg mnjd satu2nya panduan hidup
  • Apabila semua org di skeliling tdk mahu mdngr suara & keluhanmu, jgn kecewa krn DIA Yang Maha Mendengar
  • Apabila miskin & papa, anda terperangkap dlm kesempitan, ingtlah kpd DIA Yang Maha Kaya
  • Apabila engkau dalam kedukaan sdngkn engkau tiada tmpt melarikn diri, mengadulah pd DIA Yang Satu
  • Apabila keseorngan & kedukaan itu spt tiada pnhujungnya, serahkn dirimu pd DIA.. satu2nya tempt yg boleh digantung harap...
  • Dan, apabila parut luka dicederakan lg, hatimu dicakari kebimbangan, ingtlah bahawa DIA sentiasa bersama2 org yg sabar...

Saturday, November 22, 2008

Sesuatu yg anda x perasan@terfikir..
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula;mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya,sehari untuk teman tetap paling setia.walaupn punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga.
Sayangilah dan hargailah teman mu!!!!!!!!