Friday, April 17, 2009

mlsnye nk update...

rsenye dh lme gile ak x bukak blog nie
mmg ak mls
mmg ak xde idea nk tls pe
mmg xde prstiwa yg best brlaku

~sibuk siapkn draf thesis, anta lewt shar..
ambk ko!! spe suh last2 min br nk wat...~

~kelm kabut stdy endok yg lngsng x penh sentuh sblm ni... sib baek ri 2 de wt presantation...
ok ar skt kowt... kowt!!!~

~de plak dnnr sek lme tyme xm nie..
pas2 skulmate sume sbk ar nk wt gatherng ar, reunion ar...
xde tyme laen ke? tau ar korunk sume dh xde xm.. ces!!!~

~ptt ke ak bertrs trng kt sumbody nie??
dh nk abs dh neh, bile ak nk jmp die lg..?
huhu (bkn psl centa ok.. x maen ar jiwng2... buang mser je...
single lbh bak wats..... ; p)

~~so, ak mls ni update blog neh....

klo ak de jmpe tulng dinosor kt ukm ke, de gajah pnjt tiang ke, or pe2 je yg mnrik nnt ak tls kt cni.... ni bkn diari ak tuk ak ltak every single thngs yg ak wat ari2... hehe

Tuesday, March 24, 2009

PPSMI...??

Kisahnya bermula ketika cuti semesta, aku menjadi cikgu ganti, menggantikan seorang guru lain yang cuti bersalin. Dan sekali sekala aku masuk ke kelas-kelas tingkatan yang lain, menjenguk apa yang pelajar-pelajar di sana sedang buat sewaktu ketiadaan guru.Biar aku ceritakan...

Adegan 1:
Biasalah, sesi perkenalan menjadi modal utama untuk cikgu baru macam aku untuk ‘skip' hari pertama daripada kena mengajar. Ni yang berlaku di sebuah kelas tingkatan 5 Sains 1.
" Ok class, My name is Haikal. Your new English teacher here, for 2 months bla..bla..bla."
"Now I would like to know each of you before I begin my lesson. Please state your name, ambition and where are you from. Ok, let us start from you."
" Err... sir. Saya tak pandai cakap Inglis. Bahasa Melayu boleh dak?"
Aku jawab : " Cuba, takpa salah pun. saya pun bukan pandai cakap omputih."
" I is Syahrul (nama rekaan). Yang lain saya tak gheti sir."
"Ok takpa... teruskan. Saya tanya tadi cita-cita dan tinggai kat mana."Dalam hati : "Mampoih, macam mana aku nak mengajaq dalam BI ni? Kalau kelas 5 sains 1 pun tak berapa gheti BI?"

Adegan 2:
Ada satu hari tu, aku kena masuk ke kelas tingkatan satu. Cikgu yang sepatutnya berada dalam kelas tu tak datang. Sekali lagi, sesi berkenalan, sebab aku memang tak disuruh mengajarpun.
"Nama saya cikgu Haikal. Saya masuk mai ganti cikgu Sharifah. Saja nak berkenalan dengan kamu semua. Soghang-soghang bangun dan habaq nama dengan cita-cita. Hah kamu... mula!"
"Nama saya Rosdi. Cita-cita nak jadi..emm... perbaik gheta. Pak saya ada kedai pomen gheta kat pekan."
"OK takpa, kamu!" aku menuding pada seorang pelajar yang berdiri kat pintu, gaya macam nak lari keluar dari kelas.
"Saya... nama Ku Nazim. Cita-citaku nak jaga lemu pak ku" Memang disebut LEMU, bukan lembu. Jawab Nazim serius dalam loghat Kedah hulu yang pekat. Lembu pun kedengaran lemu. Saya diganti dengan ku... bahasa diri kebiasaan bagi orang-orang kampung kat tempat aku.
"Sebab apa nak jaga lembu?""Ku tak tau dey. Pak ku banyak Lemu. Dia pun dok sughuh ku jaga lemu dia."
" Oo... ya ka?" aku menyetujui kata-katanya
Dalam hati : "Bertuah betul orang bandar. Anak-anak semuanya bercita-cita tinggi. Nak jadi doktor, saintis. Paling komanpun polis. Tapi kat sini. Cukuplah kalau boleh warisi apa yang bapak depa ada. Mungkin depa ni masih naif... tapi kalau dibandingkan dengan anak bandar yang sebaya, depa ni jauh naif. Seolah-olah tiada langsung cita-cita."
Dan memang benar, pelajar-pelajar di sini memang datang ke sekolah bukan kerana ingin belajar. Tetapi kerana ingin berjumpa kawan-kawan. Itu sahaja dorongan mereka untuk terus berada di sekolah dari jam 7.30 pagi hingga jam 2 petang. Dan peluang daripada kedatangan mereka ke sekolah itulah yang digunakan oleh guru-guru untuk menumpahkan ilmu yang sedikit buat bekalan anak bangsa ini.Lalu... bagaimana ingin mempunyai cita-cita?

Adegan 3:
Aku diberi amanah untuk menanda kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dan English in Science and Technology (EST) - Tingkatan 4 dan 5.Untuk Tingkatan 4... semua gagal (fail) untuk 2 mata pelajaran yang aku tandakan tu.Untuk Tingkatan 5... ada seorang dua sahaja yang lulus ataih pagaq EST. Untuk Bahasa Inggeris, ramai jugak yang lulus tetapi sekadar lulus. Tak lebih dari itu. Itu pun... aku kena jadi seorang pemeriksa yang sangat bermurah hati.
Bila ditanya kepada guru-guru lain tentang perkara itu : "Hah... besa la tu. Budak-budak sini bukan gheti BI. Lepa (Depa/mereka) bukan maupun belajaq BI. Sabit tu (sebab tu) kalau hang tengok budak-budak yang ambik Sains dengan Math dalam BI kat sekolah ni semua tak luluih. Habuk pun takdak." Kata seorang cikgu lelaki, sambil menghisap rokok daun yang digulung sendiri, sewaktu kami bersembang di kantin.
"Kalau dulu, waktu dua-dua subjek ni lepa ajaq dalam BM pun student tak pandai. Ni pulak nak mengajaq dalam BI. Punah anak bangsa hang tau dak Haikal. Lepa ni orang kampung. Satu hapa pun depa tak gheti. Lagi nak suruh belajaq dalam BI. Apa punya otak pun aku tak tau." Sambung cikgu itu dalam nada kesal bercampur geram. Ada juak-juak meluat di mukanya.
"PUNAH ANAK BANGSA" terngiang lagi perkataan tu dalam fikiran aku sampai sekarang.

Adegan 4:
Satu hari tu, aku masuk mengajaq BI kat dalam kelas tingkatan 4 Perdagangan. Ada 4 orang pelajar lelaki sewaktu aku sedang mengajar di depan, depa dok berkumpul 4 orang dalam satu bulatan kat belakang.
"Tu kat belakang, hangpa tengah buat apa tu?" Aku dah tak cakap Inggeris lagi dah dalam kelas (Pelik kan? Mengajar Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu. Tapi apa boleh buat... payah... susah. Kesian dengan mereka yang tak faham apa-apa).Ada budak lain yang tolong jawabkan soalan aku tu, tapi dalam keadaan yang separuh berbisik:
"Depa tengah main Sing-Kong Sir."
"Menatang apa tu?" aku bertanya kehairanan.
"Judi!" (Sing-kong: lambung duit syiling, pastu pakat-pakat teka kepala ka ekoq. Sapa betoi dia dapat duit syiling tu)
"Budak-budak kat belakang! Baik hangpa berenti sebelum saya panggil PK HEM. Kalau tak mau belajaq, Hangpa dok diam-diam kat belakang. Tidoq!" Tegas aku dalam nada separuh bengang.
"Ok sir." Jawab seorang dari mereka dalam keadaan senyum. Aku hanya mampu geleng kepala dan teruskan pengajaran "Mari Mengenal Bahasa Inggeris"
"Ok kelas... kalau I... padan dengan Am"
"I am"
"Kalau he atau she yang maksudnya Dia... padan dengan Is"
"He is"
Itu antara situasi-situasi yang berlaku di luar bandar. Ops... di luar lagi daripada luar bandar. Sekolah tempat aku mengajar tu, ada antaranya pelajar Siam. Memang di utara Kedah ramai orang Siam dan anak-anak mereka ini dihantar ke sekolah-sekolah kerajaan, macam juga orang melayu.

Ulasan Editor: Berdasarkan secebis kisah benar yang diceritakan di atas, apa pendapat dan pandangan para pembaca sekalian tentang isu PPSMI. Ini bukan isu politik, ini isu anak bangsa. Isu masa depan anak-anak kita.

ps : ketepikan ego seketika, benamkn politik sejenak, renungkan realiti.... tepuk dada tanya selera.........

Saturday, March 21, 2009

aDaKaLaNya......

adakalanya
dalam kesungguhan
meniti sebuah pengharapan
kita sering tercari erti


mencabar dan dicabar
mengejar dan dikejar
menyalah dan dipersalah
mengguna dan diperguna

berpuncakkah gunung?
tercapaikah tepian?
andai yang dikejar ta
k dapat
yang dikendung berciciran

diperdengarkan hati

digenggam bara biar jadi api


buat teman yang memahami
ku pasti harung kepayahan ini
walau sabarku di hinjak ke bumi!





ps : bkn ak tulis, copy & paste je... ingt ak kreatf sngt nk tuls sjak cm ni??
ak ltk coz tyme ni ak mmg rse cm dlm sajak 2...
~buat teman yg memahami, trimas coz olwayz stand by my side......~

.........................kAWAn???


bukannya senang nak cari kawan yang baik
bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik

kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya
kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya
sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan

kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia
kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan

kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira
kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa

kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya
kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik
kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya

kawan yang baik akan sentiasa memdoakan kesejahteraan dan kebahgiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya


kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita

kita bukanlah kawan yang baik jika tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menhargai kawan baik nya

kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya

dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita



~ U dont have 2 find a PERFECT PERSON to be ur perfect frenz...
its just nice to have a TRUE FRIENDS,
who is PERFECT FOR EACH OTHERS when both of u together......~

Monday, March 16, 2009

CinTa SainTiS


Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian

Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar

Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah
kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya
dengan 6x10'23.

Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugakk yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.
Biarkan aku sendirian... ... ..